Sebenarnya kita "r i n d u"

Tuesday, 4 August 2015,9:01 pm | 4 Comment

Assalamualaikum.

Kau sedang nyenyak diselimuti kemewahan
Kau pernah berada tinggi di puncak kejayaan
Kau selalu terbuai dibisikkan pujian
Kau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan.

Tapi seorang manusia akan masih terasa sunyi & kosong jika hatinya sepi dari mengingati Dia.
Kau cukup semuanya, tapi kau rasa belum cukup.

Hatimu..
Hatimu berkata-kata. Dengarlah apa yang dibisikkan.
Fitrah hatimu bertuhan,
Jangan dituhankan pada yang sementara
Kerana dunia bukan diciptakan untuk kekal selamanya..

***

Kadang lidah tiada kudrat untuk meluahkan sesuatu,
Hanya tulisan menjadi pengganti mencoretkan apa yang terbuku.